Monday, April 23, 2012

Mengembara Ke Kuala Berang. Artikel 01.

Bertarikh 19 April 2012 Khamis, saya membuat satu penjalanan dari Kampung Kuala Kubang menuju ke Kuala Berang. Masa bertolak : 1130 pagi Khamis.  Masa tiba: 0239 petang Khamis. Menggunakan motorsikal Honda EX5. Apabila tiba di stsen minyak BHP Kampung Anak Ikan, saya mengisi minyak petrol dengan RM3.00. Dan apabila tiba di stesen minyak BHP di Kampung Kepah maka diisikan sekali dengan kos RM3.00.

Saya berhenti untuk makan tengahari di sebuah kedai maka di kampung Sungai Lerek dengan kos RM7.00 untuk nasi sepinggan, telor goreng satu suku, ikan goreng seekor, kobis goreng dan air teh bin.

Foto di bawah adalah papantanda simpang masuk di Sungai Tong menuju ke Kuala Berang. 

Tiba di kampung Bukit Nenas

 Di kampung Bukit Nenas terdapat satu kilang kelapa sawit iaitu kilang kepala sawit Sungai Tong, seperti foto dibawah.

Di sepanjang perjalanan kanan kiri jalan banyak kelihatan pokok kelapa sawit.

Papantanda ke Tasik Kenyir. Inilah adalah jalan pilihan untuk ke Tasik Kenyir

Bersambung ........

No comments:

Post a Comment

Pos Paling Popular